Canny Ong Lay Kian (18 Julai 1975 – 14 Jun 2003) atau Canny Ong adalah wanita mangsa pembunuhan kejam pada 13 Jun 2003, mati dibakar di sebuah lubang / longkang di tapak pembinaan Projek Lebuh Raya Pantai Baru, Petaling Jaya pada 17 Jun 2003. Canny Ong adalah pemegang tali pinggang hitam seni mempertahankan diri.
Canny Ong
Biodata:
Canny Ong dilahirkan pada 18 Julai 1975 di Ipoh, Perak adalah warga Malaysia yang bekerja sebagai penganalisis teknologi maklumat di San Diego, California, Amerika Syarikat. Ibunya seorang keturunan Cina, Pearly Visvanathan Ong dan mempunyai seorang kakak yang bernama Elsie Ong. Bapanya, Ong Bee Jeng sakit teruk – kanser dan dia terbang jauh ke Malaysia menziarahi bapanya yang terlantar sakit.
Canny Ong diculik, dirogol, ditikam dan dibakar
Canny Ong bekerja sebagai penganalisis IT di Amerika Syarikat dengan suaminya Brandon Ong. Mereka kembali seketika ke Malaysia untuk menziarahi bapanya yang sakit. Sehari sebelum pulang ke Amerika Syarikat, pada 13 Jun 2003, beliau keluar untuk makan malam bersama beberapa ahli keluarga dan kawan-kawan rapat di Restoran Monde, Kompleks Beli-Belah Bangsar (BSC) Bangsar, Kuala Lumpur. Sehabis makan, beliau kembali ke kereta di ruang pakir bawah tanah untuk mengambil tiket parkir sementara ibu dan adiknya menanti di mesin Autopay.
Selepas menunggu 20 minit, ibunya Visvanathan Ong dan kakaknya pergi ke tempat parkir kereta dan mendapati kereta Proton Tiara ungu (plat WFN 6871) hilang. Pita CCTV memaparkan Canny Ong diculik oleh seorang lelaki yang akhirnya dikenal sebagai Ahmad Najib.
Kemudian mayat hangus Canny Ong ditemui dalam lubang 1 meter padu dengan kedua-dua tangan bersilang di atas dada dan kakinya terjuntai keluar dari lubang itu . Mayat dijumpai tertanam di bawah dua tayar berisi simen empat hari kemudian selepas diculik.
Siasatan forensik menjurus kepada penangkapan tukang kabin pesawat MAS, Ahmad Najib Aris, yang berusia 27 tahun. Namun Ahmad Najib tiada motif yang jelas dan mengaku tidak bersalah. Akhirnya, Mahkamah memutuskan dia dihukum gantung sampai mati pada 2005. Peguam bela ialah Rosal Azimin Ahmad, adalah juga tinggal di taman perumahan yang sama dan rakan permainan bola sepak yang sama. Baginya, Ahmad Najib seorang yang tenang dan boleh bersosial, bukan suka menyendiri.
Kronologi
- Pada 13 Jun 2003, Canny Ong diculik di ruang pakir kereta bawah tanah di Bangsar Shopping Center (BSC) pada jam 10.45 malam. Kereta Canny Ong dipandu keluar laju dan merempuh palang penghadang.
- Setelah kehilangan anak selama 30 minit, ibunya Pearly Visvanathan Ong membuat laporan polis di Balai Polis Brickfield.
- Pada 14 Jun, jam 12.00 malam, dua anggota polis meronda bermotosikal telah terjumpa kereta disyakki, Proton Tiara dan Canny Ong di dalamnya berhampiran Kelana Jaya. Canny Ong masih hidup ketika itu. Suspek dan perempuan itu telah memberi kad pengenalan dan beredar. Dua anggota polis (tidak berpakaian seragam polis) meronda mendapati Canny Ong tunduk mendiamkan diri dan telah menyerahkan kad pengenalan. Mulanya menyangka mereka berdua sedang berasmara. Canny ada memberi dua isyarat tangan tetapi tidak difahami. Tayar hadapan kereta ditembak ketika cuba melarikan diri. Kad pengenalan suspek dalam tangan dua polis tersebut.
- Sekali lagi suspek memberhentikan kereta dan cuba menukar tayar yang telah bocor akibat ditembak polis. Canny Ong sepatutnya boleh melarikan diri tetapi tidak berbuat demikian. Tayar kanan kereta Tiara itu gagal ditukar.
- Pada 14 Jun, Canny Ong telah dirogol di dalam kereta di bawah jejantas dalam pembinaan berhampiran Taman Datuk Harun di Jalan Kelang Lama antara jam 1.00 – 5.00 pagi.
- Pada 14 Jun, suspek telah membunuh Canny Ong dengan dua tikaman pisau. Tubuh Canny Ong dihenyak ke dalam lubang sempit di tepi lebuh raya dan ditindih dengan dua tayar besar berisi simen. Kereta ditinggalkan di sebuah rumah kedai berhampiran. Dia kemudian bersembunyi dan melarikan diri dengan sebuah teksi.
- Pada 15 Jun, suspek telah membeli dua botol petrol di stesen minyak Jalan Pantai Baru. Dia kembali ke lubang itu dan menjirus minyak dan bakar mayat sehingga rentung.
- Pengurus tapak binaan lebuh raya mendapati mayat rentung hangus dan membuat laporan polis.
- Siasatan forensik CSI berjaya menemui kondom di tempat kejadian. Kesan DNA Canny ditemui pada seluar jean milik Ahmad Najib. Air mani Ahmad Najib ditemui pada mayat Canny Ong.
Ahmad Najib Aris
Ahmad Najib Aris bukan seorang penganggur dan telah beristeri dan mempunyai dua anak. Dia bekerja sebagai pencuci kabin kapal terbang. Dia berasal dari Perak dan menetap di Pantai Dalam. Ahmad Najib sekadar lulusan Tingkatan Tiga, tergerak menculik kerana melihat Canny Ong cantik, ramping dan berjalan seorang diri di malam sunyi. Ahmad Najib tahu selok belok BSC kerana pernah bekerja di situ.
Pakar kriminalogi dan psikiatri, Dr Geshina Ayu Mat Saat mengesahkan Ahmad Najib tidak psikotik dan dapat berfungsi seperti biasa.Dia mempunyai hubungan yang baik dengan keluarga dan rakan-rakan sejawat dan sejiran.
Pada Februari 2005, Mahkamah Tinggi Shah Alam memutuskan dia dihukum gantung sampai mati.Pada tahun 2009, Mahkamah Persekutuan menolak rayuannya terhadap hukuman mati. Semasa perbicaraan hanya memilih mendiamkan diri dan menangis apabila dijatuhi hukuman gantung.
Sumber: Wiki
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
0 Response to "Imbasan pembunuhan kejam Canny Ong yang gemparkan negara"
Post a Comment