Fenomena air pasang besar limpahkan air laut ke 13 kawasan di Selangor

Fenomena air pasang besar awal pagi semalam menyebabkan sebanyak 13 kawasan di lima daerah di Selangor dilanda banjir akibat limpahan air laut.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd Sani Harul berkata setakat ini, keadaan banjir sudah reda di kesemua kawasan berkenaan setelah air surut sejak tengah hari tadi.

Fenomena air pasang besar limpahkan air laut ke 13 kawasan di Selangor

Fenomena air pasang besar limpahkan air laut ke 13 kawasan di Selangor

Beliau berkata, kejadian itu tidak memerlukan pemindahan mangsa dan tiada kemalangan jiwa.

Kawasan yang terjejas akibat fenomena air pasang besar itu ialah Kampung Tok Muda, Kapar dengan paras ketinggian air 100 hingga 250 milimiter (mm); Taman Maznah, Klang (50 hingga 250 mm); Taman Selat Selatan, Klang (50 hingga 200 mm).

Selain itu, kawasan Sementa, Klang turut dinaiki air dengan ketinggian 50 hingga 200 mm; Kampung Sungai Pinang, Klang (900mm); Kampung Tok Muda, Pulau Indah, Klang (900 mm); Jalan Klang-Banting, Pandamaran (900 mm); dan Taman Selat Damai, Pelabuhan Klang (900 mm).

“Bagi daerah Kuala Selangor pula, kawasan yang dilimpahi air sungai akibat peningkatan paras air laut adalah pekan Bagan Pasir Penambang dengan paras air mencecah 100 hingga 200 mm manakala kawasan Pantai Remis pula mencapai ketinggian air sehingga 5.6 meter.

“Pantai Kelanang di Banting mencapai ketinggian air sehingga 5.6 meter selain Kampung Sungai Air Tawar, Tebuk Mendeleng serta Sungai Lang di Sabak Bernam juga dinaiki air sebanyak 0.6 meter. Pekan Tanjong Karang turut dlimpahi air setinggi 900 mm,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Mohd Sani turut meminta orang ramai terutamanya yang berdekatan dengan kawasan sungai atau laut supaya sentiasa berwaspada dan mengambil langkah keselamatan berikutan jangkaan air laut pasang tinggi berlaku dalam tempoh beberapa hari ini. – Bernama 

Sumber: Sinar



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Related Posts :

0 Response to "Fenomena air pasang besar limpahkan air laut ke 13 kawasan di Selangor"

Post a Comment

Recent Post With Sliding Effect