Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dikenakan hukuman denda RM1,900 berhubung dakwaannya bahawa Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah telah murtad.
Bekas ketua menteri Melaka mengaku bersalah menulis di Facebook pada 25 September tahun lalu mengenai pertukaran agama Tengku Amir Shah.
Dakwa raja muda Selangor murtad, Abdul Rahim Thamby Chik mengaku bersalah
Abdul Rahim, juga bekas timbalan menteri dalam negeri, dituduh di Mahkamah Sesyen di sini mengikut Seksyen 233 (1) (a) Akta Komunikasi dan Multimedia.
Pihak pendakwaan menarik balik pertuduhan terhadapnya, bagi kesalahan sama, bawah Seksyen 4 (1) (C) Akta Hasutan.
Di bawah Akta tersebut, pesalah boleh dikenakan denda maksimum RM50,000 dan penjara tidak melebih setahun.
Peguam Rahim, Datuk Firoz Hussein, merayu agar hukuman ringan dikenakan kerana anak guamnya merupakan bekas naib presiden Umno dan seorang negarawan yang berpengalaman.
Sumber: Projek MMO
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
0 Response to "Dakwa raja muda Selangor murtad, Abdul Rahim Thamby Chik mengaku bersalah"
Post a Comment