Air Selangor gantung pekerja disyaki khianat sebabkan gangguan bekalan air

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd menggantung seorang pekerjanya kerana disyaki terbabit dalam perbuatan khianat menyebabkan gangguan bekalan air hingga menjejaskan 340,000 pengguna di Klang dan Petaling, 1 September lalu.

Air Selangor gantung pekerja disyaki khianat

Gantung pekerja disyaki khianat

Ketua Pegawai Eksekutif Air Selangor Suhaimi Kamaralzaman berkata, pekerja itu digantung pada 6 September lalu, manakala laporan polis berhubung kejadian dibuat pada 9 September.

Katanya laporan siasatan juga dikemukakan kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN).

“Gangguan itu menjejaskan lebih 39,000 akaun di 24 kawasan di Klang dan 29,000 akaun di 27 kawasan di Petaling, terutama Sime UEP,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Bekalan air kembali pulih pada 2 September lalu.

Suhaimi berkata pihaknya tidak akan teragak-agak mengambil tindakan disiplin atau memecat pekerja yang terbabit dalam perbuatan khianat.

Menurutnya, Air Selangor akan memastikan kejadian seperti ini tidak berulang dan mengelak gangguan bekalan air akibat kecuaian pekerja.

 

Sumber: Harian Metro



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

0 Response to "Air Selangor gantung pekerja disyaki khianat sebabkan gangguan bekalan air"

Post a Comment