Tak puas hati Pandelela dan Jun Hoong dapat pencen RM3 ribu sebulan, pesara tentera buat laporan polis

Tidak berpuas hati dengan tindakan kerajaan memberikan pencen bulanan RM3,000 kepada ratu terjun negara Pandelela Rinong dan gandingannya, Cheong Jun Hoong, satu laporan polis dibuat oleh seorang pesara tentera Rozzeli Pin.

Pesara tentera: Kami gadai nyawa, atlet hanya terjun dari atas papan

Pesara tentera: Kami gadai nyawa, atlet hanya terjun dari atas papan

Rozzeli berkata, jasa tentera dan pihak keselamatan negara ini lebih tinggi nilainya kerana bergadai nyawa demi negara berbanding atlet terbabit yang hanya ‘terjun dari atas papan’.

Baca artikel sebelum: Pandelela Rinong dan Cheong Jun Hoong kongsi ganjaran RM600,000 dan dapat pencen seumur hidup

“Saya pesara tentera tapi bagi orang-orang yang dah berjuang untuk negara ni, askar, polis yang pergi Lubnan patah kaki kenapa tak beri pencen.

“Yang terjun payung dari atas langit sampai ke bawah tak dapat pencen pun, tapi yang terjun papan dikata mengharumkan nama Malaysia dan diberi pencen.

“Saya tengok lompatan yang mereka buat itu tak setaraf pencen yang mereka dapat,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Rozzeli membuat laporan polis itu semalam di Balai Polis Gurun selepas membaca berita mengenai pencen seumur hidup yang bakal diterima Pandelela dan Cheong.

Pada awal pagi Rabu lepas, Pandelela dan gandingannya, Cheong memenangi pingat perak acara 10 meter platform seirama, pingat pertama kontinjen negara di Sukan Olimpik Rio.

Atas Kejayaan itu mereka akan berkongsi ganjaran RM300,000 serta pencen bulanan RM3,000 seorang.

Rozzeli yang tidak berpuas hati dengan ganjaran kepada atlet itu turut mendesak kerajaan mempertimbangkan semula pemberian tersebut.

Katanya, pemberian seperti pencen seumur hidup sangat tidak wajar dan kerajaan seharusnya hanya memberi imbuhan berbentuk hadiah.

Katanya, beliau membuat laporan polis kerana tidak mahu dikenakan Akta Hasutan sekiranya menyatakan di saluran yang salah.

Malah katanya, sekiranya beliau pergi ke Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) sekalipun agensi itu pasti enggan melayannya.

“Saya buat laporan polis ni kerana kita sebagai seorang rakyat, kalau cakap cara peribadi orang kata kita ni menghasut, kena Akta Hasutan.

“Jadi kita buat laporan polislah, kalau pergi ke JPA mereka bukan layan saya pun kalau saya cakap macam ni. Sebagai seorang rakyat saya bersuara kena ikut saluran (yang ada) lah,” katanya.

 

Sumber: Malaysiakini



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Related Posts :

0 Response to "Tak puas hati Pandelela dan Jun Hoong dapat pencen RM3 ribu sebulan, pesara tentera buat laporan polis"

Post a Comment

Recent Post With Sliding Effect