Park and ride di stesen LRT baru dikenakan caj RM4 sehari oleh Prasarana

Orang ramai yang menggunakan kemudahan “park and ride” di stesen Transit Aliran Ringan (LRT) yang baharu akan dikenakan bayaran RM4 sekali masuk mulai Isnin ini.

Prasarana Malaysia Bhd dalam kenyataan hari ini berkata bayaran itu akan dikenakan di stesen Ara Damansara, Glenmarie, USJ21, Alam Megah, Subang Alam dan Putra Heights.

Mulai Isnin, bayaran RM4 sekali masuk akan dikenakan di stesen-stesen LRT Ara Damansara, Glenmarie, USJ21, Alam Megah, Subang Alam dan Putra Heights. — Foto oleh Yusof Mat Isa

Park and ride di stesen LRT baru dikenakan caj RM4 sehari oleh Prasarana

“Namun kemudahan letak motosikal dan basikal di stesen tersebut kekal percuma.

“Tempat letak kereta percuma ditawarkan sejak 30 Jun sebagai inisiatif Rapid KL mempromosikan perkhidmatan LRT kepada pengguna terutama dalam kalangan penduduk.

“Promosi ini akan berakhir pada 14 Ogos,” kata ketua komunikasi dan pemasaran strategik kumpulan, Lim Jin Aun.

Beliau turut menasihatkan orang ramai untuk meletakkan kenderaan di tempat yang disediakan untuk kemudahan “park and ride” itu.

“Jangan letak kereta di tepi dan bahu jalan. Perbuatan tidak bertanggungjawab ini bukan hanya menjejaskan kelancaran trafik tetapi berdepan risiko disaman atau kereta ditunda pihak berkuasa,” katanya.

Menurutnya, semua stesen itu juga mempunyai perkhidmatan bas pengantara yang baik sebagai alternatif kepada pengguna untuk ke stesen berkenaan.

Maklumat lanjut mengenai bas pengantara itu boleh diperoleh di laman sesawang rasmi Rapid KL. — Bernama

 

Sumber : Malay Mail



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Related Posts :

0 Response to "Park and ride di stesen LRT baru dikenakan caj RM4 sehari oleh Prasarana"

Post a Comment

Recent Post With Sliding Effect