Penyanyi, Mawi dan isterinya, Ekin, simpati dengan rakan baik mereka, Zila Seeron, yang dilaporkan ditahan kerana disyaki berkhalwat dan pada masa sama mempunyai masalah dengan suaminya, Along Raja Lawak.
Bagaimanapun Mawi atau nama penuhnya Asmawi Ani, 36, berkata beliau dan isterinya hanya mampu mendoakan kesejahteraan bekas peserta Akademi Fantasia (AF) musim keempat itu.
Mawi dan Ekin simpati nasib Zila AF ditangkap khalwat dengan suami orang, malah Zila juga pekerja dibutik mereka
“Saya dan Ekin turut simpati dengan apa yang berlaku. Bagi saya, ia adalah perjalanan hidup masing-masing.
“Sebagai kawan, saya dan Ekin akan terus mendoakan Zila dan Along,” katanya ketika dihubungi BH Online.
Mawi berkata demikian selepas diminta mengulas mengenai kejadian yang menimpa Zila memandangkan beliau dan isteri ialah sahabat baik kepada wanita itu. Malah, Zila turut bekerja di butik pasangan terbabit.
Terdahulu, beberapa media melaporkan seorang penyanyi yang juga isteri kepada pelawak ditahan kerana disyaki berkhalwat di apartmen teman lelakinya di Bukit Jalil.
Wanita yang difahamkan sebagai Zila itu ditangkap penguat kuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) ketika bersembunyi di belakang almari di dalam sebuah bilik. Teman lelakinya yang juga suami orang pula berada di ruang tamu selepas pintu dipecahkan pegawai JAWI.
Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 27 Akta Kesalahan Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan dan jika disabitkan kesalahan, denda tidak melebihi RM2,000 akan dikenakan atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali.
Baru-baru ini, BH Online melaporkan rumah tangga Zila dan Along yang sudah berusia enam tahun berantakan dan mereka sedang dalam proses perceraian.
Pasangan itu mempunyai seorang anak lelaki bernama Ahmad Danial, 5 tahun.
Sementara itu ditanya adakah beliau mahupun Ekin akan terus membenarkan Zila bekerja dengan mereka selepas kes berkenaan, kata Mawi: “Tak tahu pula selepas kes ini. Dia (Zila) tolong Ekin seminggu sekali saja di butik. Semalam pun dia ada berhubung dengan Ekin,” ujarnya.
Sumber : Bharian
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
0 Response to "Mawi dan Ekin simpati nasib Zila AF ditangkap khalwat dengan suami orang, malah Zila juga pekerja dibutik mereka"
Post a Comment