Ketika semua tumpuan peminat sukan terarah kepada temasya Olimpik Rio, siapa sangka dalam arena e-sport sekumpulan rakyat Malaysia mencipta nama selepas memenangi AS$1.4 juta (RM5.6 juta) pada kejohanan Dota 2 The International 2016.
Dikenali sebagai team Fnatic, mereka terdiri daripada empat rakyat negara ini dan seorang ahli dari Filipina mendapat tempat keempat dalam kejohanan Dota 2 terbesar dunia, di Seattle, Amerika Syarikat (USA).
Fnatic terdiri daripada Chai Yee Fung menggunakan nama samaran Mushi, Yeik Zheng Nai (MidOne), Khoo Chong Xin (Ohaiyo) dan Adam Erwann Shah (343), manakala Djardel Jicko Mampusti (DJ) rakan sepasukan dari Filipina.
Bermula di Eropah, kebanyakan ahli Fnatic asalnya terdiri daripada pemain United Kingdom dan kini diterajui rakyat Malaysia.
Pada kejohanan itu semalam, Fnatic meraih kedudukan keempat teratas selepas menewaskan pasukan Korea Selatan, MVP Phoenix dalam pusingan keempat.
Bagaimanapun, mereka tewas kepada pasukan Digital Chaos yang berpangkalan di USA pada saingan separuh akhir.
Namun, mereka berjaya membawa pulang tujuh peratus daripada jumlah keseluruhan hadiah.
Pada saingan awal Fnatic berjaya menewaskan pasukan hebat seperti Team Liquid and Alliance.
Sementara itu, pembahagian wang hadiah diraih Fnatic itu tertakluk potongan kepada penaja dan cukai sebelum dibahagian kepada lima ahli pasukan.
Baki tiga pasukan iaitu – Wings Gaming, Evil Geniuses dan Digital Chaos akan bersaing merebut hadiah untuk tiga tempat teratas.
Tiga pasukan terbaik akan membawa pulang AS$9.1 juta (RM36.4 juta), AS$3.4 juta (RM13.6 juta) dan AS$2.2 juta (RM8.8 juta)
The International yang memberi tumpuan kepada permainan Dota 2 kini berkembang menjadi kejohanan e-sport terbesar dunia.
Dalam permainan Dota 2, dua pasukan yang terdiri daripada lima orang akan bersaing antara satu sama lain.
Setiap pemain perlu mengawal watak yang mempunyai kebolehan tersendiri dan perlu bekerjasama untuk memusnahkan pangkalan lawan.
Sumber: Malaysiakini
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
0 Response to "4 Pemain Dota Malaysia dari team Fnatic raih tempat ke-4, bawa pulang RM5.6 juta"
Post a Comment