Pelakon Inder Kumar didakwa tipu, rogol wanita
Aktor Inder Kumar didakwa di mahkamah atas kesalahan merogol seorang wanita sebanyak dua kali, selain menyebabkan kecederaan pada mangsa.
Lapor sebuah portal berita, Mid-day.com, Inder telah merogol mangsa sebanyak dua kali sekitar tahun 2014. Dia juga bertindak memukul wanita tersebut beberapa kali selain mencucuhnya dengan puntung rokok.
Mangsa turut dipercayai telah ditipu oleh aktor tersebut dengan mengatakan bahawa dia akan mengambil wanita itu sebagai bintang filem jika dia menuruti segala permintaannya.
Selain itu, wanita tersebut turut dipercayai telah dipukul dengan menggunakan botol minuman keras dan mengatakan bahawa dirinya telah dikurung di kediaman milik aktor tersebut.
Inder dibicarakan di bawah Seksyen 376 (rogol), 342 (melakukan kekerasan), 324, (melakukan kecederaan menggunakan objek berbahaya dengan niat mencederakan), 325 (sengaja menyebabkan kecederaan), 504 (melakukan penghinaan dengan sengaja), dan 506 (ii) (melakukan ugutan) Kanun Keseksaan India.
0 Response to "Pelakon Inder Kumar didakwa tipu, rogol wanita"
Post a Comment