'Siapa Nak Perempuan Yang Dah Terlanjur? Jijik!'
"Siapa nak terima weyh perempuan yang dah tak suci? Siapa yang nak terima weyh perempuan yang dah terlanjur?
"Aku ingat dia baik weyh. Kawan dia cakap dia ini tak tinggalkan solat. Jaga hubungan. Mai ribut, rupa-rupanya sudah pernah terlanjur dengan boyfriend dia. Aku baru saja nak meminang dia. Puih! Tak jadi! Jijik!"
Islam tawarkan peluang pada setiap pengikutnya. Kalau dia mahu kembali, maka Islam membuka seluas-luasnya harapan pada dia. Tetapi sesetengah penganutnya memilih untuk menghukum instead of mengampun.
Everyone keep saying, she is a sinner. Dia perempuan kotor, dia tidak layak untuk lelaki yang baik-baik, dia penzina, dia pendosa. Wajarlah dia hanya layak untuk lelaki 'sekotor' dia.
Kalau kau rasa kau baik, sepatutnya kau membimbing dia ke jalan yang lebih baik. Bukannya membuang dia. Kita tidak rasa benda itu sebab perempuan itu bukan adik kita, bukan kakak kita, bukan anak perempuan kita.
Macam mana kalau orang hina dan jijikkan perempuan yang di kalangan ahli keluarga kita?
Perkara pun sudah terjadi dan itu adalah kisah silam. Perempuan itu juga telah menyesal, berubah dan mengharap Allah mengampunkannya.
Tetapi kau tidak, berlagak sangat seperti kalau kau berjalan, terapung, berkepak, muka bercahaya. Padahal selfie pun 360.
Allah mengampunkan dosa kita. Tak buka pun, tak hinakan pun kita pada manusia. Kepana pula kita yang melebih-lebih nak menghukum dan menentukan nasib dia?
Kau tidak akan pernah tahu betapa peritnya hati bila tidak diterima oleh masyarakat dan saban hari mendengar tohmahan mereka seperti
"JIJIK"
"KOTOR"
"PENDOSA"
Sehinggalah suatu hari nanti ia akan terjadi pada keluarga kau sendiri. Dan mungkin bila harapan itu tiada lagi dalam agama yang sepatutnya, dia akan mencari jalan yang tidak sepatutnya.
"Banganglah murtad. Tak ada pegangan ke?"
"Orang macam ini layak dibunuh sahaja. Islam saja agama yang benar, bodoh!"
We didnt realise who turn them off. We didnt realise who throw she out, we just judging for the outcomes.
Jangan disebabkan hari ini kita menutup pintu harapan untuk seorang hambaNya, Allah tutup pintu Syurga di akhirat sana. - Luqman San | SUMBER
0 Response to "'Siapa Nak Perempuan Yang Dah Terlanjur? Jijik!'"
Post a Comment