Saksikan Sekuel Ketiga Filem The Divergent Series: Allegiant

BAHASA: Inggeris
GENRE: Aksi / Pengembaraan
TARIKH TAYANGAN: 17 Mar 2016
PENGARAH: Robert Schwentke
PELAKON: Shailene Woodley, Theo James, Naomi Watts dan Maggie Q.
EDARAN: GSC Movies
 
Selepas filem The Divergent dan sekuel kedua The Divergent: Insurgent berjaya mendapat sambutan yang memberangsangkan di pawagam,  pada tahun ini menampilkan sebuah lagi karya sekuel ketiga yang diadaptasi dari novel.

Filem ini diarahkan oleh pengarah terkenal Robert Schwentke, akan menemui penonton mulai 17 Mac 2016 ini.
 
Masih mengekalkan pelakon-pelakon hebat antaranya seperti Shailene Woodley, Theo James, Naomi Watts dan Maggie Q.
 
Terdahulu filem The Divergent dan sekuel kedua mengisahkan sebuah kehidupan seorang pemimpin wanita yang telah mempertaruhkan kehidupan komuniti kepada lima bahagian seperti, Amenity, Abnegation, Condor, Dauntless dan Erudite.
 
Bagaimanapun, heroin Beatrice dan hero Tobias dari kelompok Divergent telah berjaya menyelamatkan kemelut yang berlaku dalam kehidupan komuniti mereka sekali gus menumpaskan ketua komuniti mereka.

Pun begitu, dalam sekuel Allegiant ini, mereka telah keluar dari kawasan penempatan berkenaan dan di jaga pula di bawah sebuah agensi yang dikenali sebagai Bureu of Genetic Welfare.
 
Sungguhpun sudah berjaya menumpaskan ketua sebelum ini namun mampukah Beatrice sebagai ketua baru dalam komuniti tersebut membawa ke arah perubahan yang selamat?
 
Ingin tahu kesudahan filem ini, jangan lupa ke pawagam berdekatan.

Baca di website

Related Posts :

0 Response to "Saksikan Sekuel Ketiga Filem The Divergent Series: Allegiant"

Post a Comment

Recent Post With Sliding Effect