Siapa tidak kenal dengan pelakon yang sentiasa tampil seksi iaitu Zila Bakarin. Malah, penampilan imej seksi Zila sentiasa menjadi perhatian orang ramai sehinggakan orang menganggapnya seorang janda dan isteri kedua kenamaan.
Untuk pengetahuan semua, Zila mempunyai seorang suami dan dua orang anak perempuan iaitu Chinta umur 4 tahun dan Kaseh yang beumur 7 tahun. Suami Zila, Azri Azhar merupakan seorang jurukamera. Disebabkan ingin membebankan ringan suami dalam mengurus kewangan keluarga Zila masih lagi aktif berlakon sehingga kini.
“Saya berlakon kerana minat dan ingin membantu meringankan beban suami menyara keluarga. Maklumlah, kami ada anak yang sedang membesar dan suami bukan lahir dalam keluarga berada. Dia bekerja sebagai jurukamera.”
“Namun, saya bersyukur kerana dikurniakan suami yang sangat memahami dan menyokong kerjaya seni saya. Walaupun hidup sederhana, rumah tangga kami tetap bahagia bersama anak.”
Malah, ramai pihak menganggap Zila hidup mewah kerana penampilannya itu sehinggakan dia digelar begitu.
“Lebih teruk lagi, ada yang ingat saya janda dan isteri kedua golongan kenamaan. Sebenarnya, saya suka bersederhana dan tidak mengejar barangan berjenama. Malah, saya tidak kisah memakai baju yang tiada jenama asalkan ia cantik digayakan.”
Bukan sekadar imej seksi, bahkan watak antagonis yang dibawakan oleh Zila dalam drama Memori Cinta Suraya sangat terkesan di hati penonton.
“Saya percaya bukan semua pelakon boleh melakonkan karakter jahat dengan berkesan. Jumlah pelakon seangkatan saya yang boleh menjiwai watak sebegini boleh dikira dengan jari.”
“Sebab itu, saya tidak kisah apabila penerbit dan pengarah asyik tawarkan watak jahat. Mereka percaya dengan kebolehan saya sebagai pelakon senior.”
Kita tidak sepatutnya menilai orang dari luaran. Apapun, semoga karier seni Zila makin berkembang.
SUMBER
0 Response to "Orang Ingat Saya Janda Dan Isteri Kedua Orang Kenamaan- Zila Bakarin"
Post a Comment