JULIA PEREZ CERAIKAN SUAMI


Jakarta – Penyanyi dan pelakon seksi Indonesia Julia Perez nekad tidak mahu menangis lagi kerana Gaston Castano.

Laporan media Indonesia menyebut, penyanyi itu berkata sudah tiba masanya dia ‘move on’ daripada pemain bola sepak terkenal Argentina itu.

“Sudah tidak mungkin kembali bersama bekas suami. Dia sudah terlambat kerana saya sudah ‘move on’,” kata wanita yang lebih mesra dengan panggilan Jupe ini.

Sebelum ini hubungan Jupe dan Gaston penuh dengan dugaan dan konflik. Tiga tahun lalu, mereka merancang menamatkan hubungan ke jinjang pelamin. Berita mengenai perkahwinan mereka tambah heboh apabila foto pra-perkahwinan mereka dan berita mengenai persiapan masjlis tersebut tersebar di internet.

Namun disebalik kebahagiaan mereka, ada beberapa perkara yang menghalang mereka untuk terus bersama termasuklah, salah satunya tidak mendapat restu daripada ibu Jupe dan kerana mereka berbeza agama.

Akhirnya hubungan mereka semakin renggang. Tambah kecoh apabila rancangan pernikahan mereka dikatakan gagal.

Bagaimanapun mereka dikatakan telah menikah pada 26 September 2013 di Australia.

Hal tersebut diketahui apabila Jupe menghantar boranf perceraian ke mahkamah Pengadilan Negeri Jakarta Selatan, pada 10 Mac 2016.

“Ya (bercerai) saya minta doakan saja. Saya tahu teman-teman cinta saya,” tuturnya ringkas.



Related Posts :

0 Response to "JULIA PEREZ CERAIKAN SUAMI"

Post a Comment

Recent Post With Sliding Effect