Gambar, Rakaman Video & Pasport Bukti Perkahwinan Adira AF

Pelakon dan bekas naib juara Akademi Fantasia kelapan (AF8) iaitu Siti Adira Suhaimi, 25, dan suaminya Datuk Seri Adenan Abu telah mengemukakan gambar, rakaman video dan pasport sebagai bukti perkahwinan.  

Perkara itu dibuat atas tuntutan Mahkamah yang sebelum ini memerintahkan suami kepada penyanyi itu perlu hadir ke perbicaraan untuk mengemukakan dokumen asal selain bukti.

Baca: ADIRA & SUAMI DIPERINTAH MAHKAMAH KEMUKA BUKTI PERNIKAHAN

Untuk rekod, Adira dan Adenan bernikah pada 3 Disember 2015 di Majlis Agama Islam Songkhla dengan berwalikan hakim dan dua saksi warga Thailand. Selain itu, Adira menerima mas kahwin sejumlah RM1,000 tunai.

Menurut Adenan, apabila kes ini sudah selesai dia berharap untuk melangsungkan resepsi perkahwinan di kampung Adira, Kota Kinabalu, Sabah.

#sumber Harian Metro

Baca di website

Related Posts :

0 Response to "Gambar, Rakaman Video & Pasport Bukti Perkahwinan Adira AF"

Post a Comment

Recent Post With Sliding Effect