Artis nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza telah melancarkan jenama pakaiannya yang diberi nama Creacion By Siti Nurhaliza.
Semalam telah dipertontonkan kepada hampir 500 tetamu yang hadir koleksi ready-to-wear yang memaparkan imej kasual dan minimal.
Menurut Siti, buat permulaan ini dia memilih gaya yang sederhana dan menggunakan warna-warna asas. Ini kerana Siti berasakan pakaian beginilah yang lebih mudah digayakan dengan apa-apa baju sahaja.
"Setiap bulan nanti akan ada rekaan-rekaan baru lagi terutama menjelang hari raya. Namun yang penting ready-to-wear ini bukan dikhususkan kepada orang Islam sahaja tetapi juga semua bangsa, peringkat umur dan latar belakang. Harga yang ditawarkan juga adalah mampu dibeli," ujarnya.
Baca: "Izara Seorang Yang Menyenangkan" - Datuk Siti Nurhaliza
Selain itu, bersempena dengan koleksi-koleksi baru yang akan diperkenalkan, Siti turut membuka peluang kepada pereka-pereka muda untuk berkerjasama dengan Creacion.
"Pencarian ini akan bermula dengan tujuan untuk membuka peluang dan mencari idea-idea baru daripada pereka-pereka muda. Info lanjut mengenai pencarian ini akan diberitahu kemudian," ujarnya.
Koleksi Creacion by Siti Nurhaliza ini mempunyai sebuah butik fizikal di Jakel Mall, Kuala Lumpur.
0 Response to "Datuk Siti Nurhaliza Lancar Jenama Creacion: Misi Mencari Pereka Muda"
Post a Comment