Program Ceria Popstar kini kembali untuk musim yang keempat dan menampilkan juri terkenal tanah air, Datuk Siti Nurhaliza dan Awie. Pastinya penampilan istimewa dua juri profesional ini akan menghangatkan lagi pentas Ceria Popstar musim terbaru.
Menurut Penolong Naib Presiden Astro Ceria dan Segmen Remaja Astro, Hadzelynda Khairuddin, dengan adanya dua nama yang boleh disifatkan sebagai legenda dunia nyanyian tanah air akan menambahkan lagi rencah kemeriahan Ceria Popstar dalam melahirkan juara yang mempunyai X-factor dan identiti tersendiri.
Dalam pada itu, Siti Nurhaliza dan Awie masing-masing ada menyatakan bahawa mereka akan menjadi juri yang adil walaupun peserta berikut ialah kanak-kanak.
Baca: AWIE BEBAS DARI KES DERA BEKAS ISTERI DENGAN BAYAR KOMPAUN RM10,000
"Sebelum ini saya pernah menjadi juri dalam Ceria Popstar juga, jika dinilai bakat mereka mempunyai perbezaan dengan orang dewasa," kata Siti Nurhaliza sambil tersenyum.
"Jika mereka adalah yang terbaik, penilaian tetap sama. Berbezanya peserta menyanyikan lagu dewasa, kalau ada kesilapan saya akan perbetulkan peserta-peserta itu," ujar Awie.
Baca: TAHUN 2016: DATUK SITI NURHALIZA MAHU ANAK
Peserta Ceria Popstar musim keempat ini menampilkan 11 peserta solo dan satu peserta duo. Selain itu kesemua peserta akan dibimbing oleh tiga selebriti popular antaranya seperti, Black Hanafiah, Jaclyn Victor dan Mark Adam. Manakala hos untuk program ini ialah Nabil Ahmad.
Juara Ceria Popstar bakal membawa pulang hadiah berbentuk wang tunai sebanyak RM20,000 beserta trofi sumbangan Astro. Naib juara pula bakal memenangi wang tunai sebanyak RM15,000 beserta trofi. Manakala tempat ketiga bakal meraih wang tunai RM 10,000 dan juga trofi.
Untuk rekod, Ceria Popstar akan mula menemui penonton bermula 25 Mac ini, jam 9 malam di saluran 611, Astro Ceria dan Astro Maya HD, saluran 135.
0 Response to "Datuk Siti Nurhaliza & Awie Juri Tetap Ceria Popstar 2016"
Post a Comment