Adik Hafiz Qayyum merupakan pesakit Leukemia. Seperti kanak-kanak yang lain, dia juga mempunyai impian iaitu untuk bertemu dengan Ultraman.
Mesej adik tersebut telah dibaca oleh pelawak Ajak Shiro. Oleh itu, Ajak bersama rakan-rakannya telah mendapat idea untuk memakai baju Ultraman dan membuat kejutan untuk adik Hafiz Qayyum dan sekali gus memenuhi hasratnya.
Ternyata bukan adik Hafiz Qayyum sahaja yang gembira, malah rakan-rakan yang lain turut terhibur dengan kedatangan abang-abang Ultraman ini.
Tahniah Ajak dan rakan atas usaha murni ini dan kerana telah membuat adik Hafiz Qayyum dan rakan-rakannya tersenyum riang.
Kami juga doakan semoga adik Hafiz Qayyum dapat segera sembuh.
0 Response to "Ajak Shiro Jadi Ultraman Suprise Untuk Anak Leukemia"
Post a Comment