Adira Luah Rasa Kesal Dilabel Perampas!


Tahun lalu, industri hiburan tanah air dikejutkan dengan berita Adira yang telah bernikah dengan seorang ahli VVIP. Lebih mengejutkan, penyanyi kelahiran rancangan realiti Akademi Fantasia itu akui telah bergelar isteri kedua kepada Datuk Seri Adnan.

Meskipun perkahwinannya telah direstui oleh isteri pertama iaitu Dato Red namun sehingga kini Adira menerima pelbagai komen negatif yang melabelkan dirinya sebagai perampas.

Kesal dengan sikap segelintir peminat, Adira menafikan dirinya seorang perampas kerana perkahwinan beliau bersama Dato Red mendapat restu daripada isteri pertamanya.

“Saya bukan perampas. Jika saya berkahwin dengan suami orang dan tidak mendapat restu isteri pertama, itu mungkin boleh dianggap sebagai perampas sedangkan situasi saya amat berbeza.

“Madu dan keluarga suami menerima saya sebagai ahli keluarga mereka. Perkahwinan kami mendapat restu. Jadi mana timbul soal perampas?

Adira Luah Rasa Kesal Dilabel Perampas!

Mengakui akan menerima kritikan hebat apabila membuat keputusan untuk berkahwin dengan suami orang, Adira bagaimanapun menjelaskan bahawa dia telah bersedia dari awal menghadapi apa jua risiko.

“Saya amat bahagia berkongsi kasih. Ia jauh daripada apa yang difikirkan ramai. Saya akur ini bayaran yang harus saya terima apabila memilih hidup sebagai isteri kedua.

“Kehidupan saya biar saya yang menentukan dan bukan orang lain. Apa yang paling penting saya dapat menjaga hubungan dengan isteri pertama dan anak-anak tiri dengan baik. Cuma saya bimbang ada pihak yang mahu melaga-lagakan kami.

Sementara itu, Adira juga menafikan bahawa keputusan terburu-buru beliau dalam menerima lamaran untuk berkahwin adalah kerana kecewa dan terdesak selepas putus tunang bersama Shahrul Nasrun.

“Saya berkahwin kerana sudah takdir saya. Bukan kerana mahu menebus kekecewaan putus tunang dulu. Mana mungkin saya memperjudikan nasib hanya kerana tidak jadi berkahwin dahulu.

Sekarang apa yang kita boleh lakukan adalah doakan yang terbaik buat Adira, suami serta madunya. Jodoh pertemuan itu ditangan Tuhan dan mungkin sudah ketentuan Adira untuk menjadi isteri kedua. - SUMBER

Related Posts :

0 Response to "Adira Luah Rasa Kesal Dilabel Perampas!"

Post a Comment

Recent Post With Sliding Effect