Adi Putra Tampilkan Mira Filzah Sebagai Duta

Pelakon dan pengusaha syarikat Hadid Travel & Tours iaitu Adi Putra telah melantik pelakon Mira Filzah dan Imam Muda Hizbur Rahman Omar Zuhdi sebagai duta sepanjang hayat di syarikatnya.
 
Memetik dari sebuah portal berlainan, pelantikan dua selebriti tersebut dibuat kerana mempunyai personaliti yang bersesuaian. Contohnya, Mira Filzah mempunyai penampilan yang baik dan Imam Muda Hizbur pula boleh berkongsi ilmu dengan jemaah nanti.
 
Selaku pengelola syarikat umrah, Adi berkata kepada Sinar Harian, pelantikan mereka berdua tidak mempunyai tempoh yang tertentu ini kerana baginya ibadah mesti diteruskan sampai bila-bila.

Baca: ADI PUTRA BUAT MIRA FILZAH GEMENTAR
 
Adi Putra menjelaskan perkara tersebut ketika majlis pelancaran program Umrah Bersama Selebriti baru-baru ini.
 
Antara selebriti lain turut terlibat dalam penyertaan program ini seperti, Roslan Shah, AG penyampai radio Kool FM dan mudir sekolah tahfiz Maulana Noor Effendi Hamid.
 
Untuk makluman, Adi dan rombongannya akan pergi ke Mekah terlebih dulu pada awal April ini. Manakala Mira Filzah dan ustaz Noor akan pergi pada bulan Ramadhan nanti.
 
#sumber Sinar Harian
 

Baca di website

Related Posts :

0 Response to "Adi Putra Tampilkan Mira Filzah Sebagai Duta"

Post a Comment

Recent Post With Sliding Effect