Aktres yang tidak asing lagi dalam arena seni yang mampu membawa apa saja watak yang diberikan, Cristina Suzanne berkongsi lima rencah kecantikan diri untuk selalu tampil yakin di khalayak ramai. Jom ikuti rahsia penjagaan diri pelakon yang mesra dipanggil Cris mungkin boleh diikuti peminat.
1. Berat Ajaib
Menurut Cris dia adalah seorang yang kuat makan namun dia tidak gemarkan makan udang dan ikan sungai. Pun begitu, makanlah banyak mana sekalipun berat badannya tetap tidak akan naik.
2. 'Sunblock' & 'Night Repair'
Untuk penjagaan pada kulit wajah pula. Cris hanya menggunakan 'sunblock' pada siang hari dan 'night repair' di malam hari. Mengulas lanjut, Cris tidak akan sesekali memakai produk pencuci muka yang boleh mengelupaskan kulit wajahnya.
3. Cuci Rambut Dengan Air Kacang Hijau
Menariknya, Cris berkata, dia hanya mengamalkan tradisi penjagaan rambut dengan menggunakan air kacang hijau. Caranya, rendamkan kacang hijau terlebih dulu kemudian ratakan di permukaan rambut selama berapa minit. Selepas itu bilas dengan bersih.
Baca: Cristina Suzanne Mula 'Demand'?
4. Pengambilan Vitamin
Walaupun sudah bersenam, namun pemakanan tambahan seperti vitamin B dan C perlu dititikberatkan juga ini kerana untuk meningkatkan tenaga dan mampu bekerja dengan baik.
5. Senaman
Cris akan bersenam apabila mempunyai masa yang terluang. Senaman yang selalu dilakukan kita waktu terluang ialah senaman kardio. Kata Cris, apabila bersenam badan terasa lebih cergas dan kesihatan badan akan sentiasa terjamin.
Kesimpulannya, sibuk bagaimanapun penjagaan diri perlu dijaga. Media Hiburan Online ucapkan semoga berjaya dengan perkongsian ini.
0 Response to "5 Kunci Kecantikan Diri Cristina Suzanne Nampak Jelita"
Post a Comment