HANYA kerana tidak dapat berlakon mengikut apa yang diinginkannya, seorang pengarah didakwa telah menumbuk pelakon comel Ika Nabella di set penggambaran drama Dawai Asmara di Hulu Kelang, Selangor baru-baru ini.
Memetik laporan BH Online, Ika yang juga peserta Akademi Fantasia musim keenam dikatakan ditumbuk di bahagian muka dan badan bertubi-tubi.
Akibat insiden itu, Ika mengalami kecederaan hingga mulutnya tidak dapat dibuka.
Difahamkan, ini bukanlah kejadian pertama seumpamanya kerana sebelum ini terdapat dua lagi pelakon pernah dipukul dengan pengarah yang sama namun hanya bertindak berdiam diri.
Sementara itu, Ika menerusi aplikasi WhatsApp mengakui dia dipukul oleh pengarah tersebut namun enggan mengulas lanjut.
“Ya, saya memang dipukulnya,” kata Ika ringkas.
Susulan kejadian itu, dia dikatakan akan membuat laporan polis berhubung kejadian itu hari ini.
Ika merupakan pelakon yang memegang watak utama dalam Dawai Asmara yang akan ditayangkan di slot Azalea TV3 tidak lama lagi.
Related Posts :
Teh tarik tak ada kena-mengena pun naik harga – CuepacsTeh tarik tak ada kena-mengena pun naik harga – Cuepacs | Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) meminta kerajaa… Read More...
14 lelaki didakwa merusuh, culik dan bunuh remaja lelaki yang enggan mengahwini anak salah seorang suspek14 lelaki didakwa merusuh, culik dan bunuh remaja lelaki yang enggan mengahwini anak salah seorang suspek | Seramai 14 lelaki dihadapkan ke … Read More...
“Watak Warda dijadikan idola setiap wanita, penonton pandang tinggi pada watak itu” – Neelofa“Watak Warda dijadikan idola setiap wanita, penonton pandang tinggi pada watak itu” – Neelofa | Pelakon dan pengacara Neelofa, 27, tid… Read More...
Lagu Ku Rela Dibenci cipta fenomena, lebih 21 juta tontonan di YouTubeJika sudah namanya rezeki, memang tiada siapa yang mampu menghalangnya lagi. Begitulah perumpamaan terbaik untuk lagu Ku Rela Dibenci n… Read More...
Dipenjara 18 bulan, Rafizi Ramli kekal sebagai Ahli Parlimen PandanSuruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengesahkan jawatan Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli, tidak terjejas berikutan keputusan Mahkamah Sesyen Ku… Read More...
0 Response to "MULUT IKA NABELLA BERDARAH TERUK DITUMBUK PENGARAH???"
Post a Comment