Berita Terkini!: “Mungkin Ianya Bermotifkan Pengga-nas” – 2 Lelaki Bersenjata Lepas Tem-bakan di Belanda, Semua Pengangkutan Awam di Utrecht Dihentikan


Belanda, 18 Mac – Media di Belanda melaporkan kejadian temb-akan ke arah tren di bandar Utrecht sebentar tadi dan media juga melaporkan terdapat banyak kece-deraan susulan kejadian tersebut.

Polis berkata helikopter kece-masan dihantar ke kawasan kejadian dan meminta orang awam untuk menjauhi kawasan kejadian supaya pihak berkuasa boleh melakukan kerja.

Dalam pada itu, difahamkan pihak berkuasa di Utrecht telah menghentikan semua pengangkutan awam susulan kejadian.

Setakat ini masih belum ada laporan rasmi susulan kejadian.

Dalam perkembangan terbaru, pihak polis juga berkata kejadian temb-akan tersebut ‘mungkin bermotifkan pengg-anas’. Skuad Anti-Pengg-anas tiba ditempat kejadian sejurus selepas sera-ngan itu berlaku.

Sumber : siakapkeli.my

Artikel menarik lain : Kereta Langgar Pesawat Di Subang, Pemandu Parah



Seorang pemandu kenderaan kejuruteraan lapangan terbang dilaporkan ced-era parah selepas terlibat dalam kemala-ngan dengan sebuah pesawat persendirian.

Kejadian tersebut didakwa berlaku kira-kira jam 3.20 pagi tadi di landasan Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS) di Subang.

Mangsa yang mengalami keced-eraan par-ah dibawa mendapatkan rawatan manakala penumpang dan kru pesawat yang berada dalam keadaan selamat dan tidak mengalami sebarang kece-deraan.

Susulan insiden berkenaan, operasi ketibaan beberapa penerbangan telah terjejas kerana kerja-kerja membersihkan serpihan dan mengalihkan kenderaan tersebut.

Bagaimanapun, menurut Malaysia Airports, operasi penerbangan telah kembali pulih seperti sediakala bermula dari 9 pagi tadi.

Sementara itu, memetik laporan Bernama, Malaysia Airports telah menubuhkan pasukan penyiasat dan sedang bekerjasama rapat dengan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) bagi menyiasat punca kemalangan.

Dalam pada itu, Kementerian Pengangkutan telah mengaktifkan Bahagian Siasatan Kemalangan Udara (BSKU) untuk menjalankan siasatan menyeluruh mengenai insiden berkenaan, kata kenyataan itu lagi menurut laporan Bernama.

Sumber Berita Terkini!: “Mungkin Ianya Bermotifkan Pengga-nas” – 2 Lelaki Bersenjata Lepas Tem-bakan di Belanda, Semua Pengangkutan Awam di Utrecht Dihentikan

0 Response to "Berita Terkini!: “Mungkin Ianya Bermotifkan Pengga-nas” – 2 Lelaki Bersenjata Lepas Tem-bakan di Belanda, Semua Pengangkutan Awam di Utrecht Dihentikan"

Post a Comment