Adiwira tersohor, 'Budak Telur' akan mendermakan sebahagian besar wang yang dikumpulnya untuk mangsa serangan masjid Christchurch



Siapa saja yang tak kenal dengan ‘Egg Boy’ yang pernah memecah telur mentah ke atas kepala Fraser Anning, ahli politik Australia yang membuat kenyataan menyalahkan mangsa selepas insiden temba-kan rambang dilancarkan di Christc-hurch baru-baru ini.




Egg Boy atau nama sebenarnya Will Connolly 17 tahun akan memberikan sebahagian besar wang yang dikumpulnya untuk mangsa kor-ban seran-gan masjid Christch-urch.

Kejadian tersebut mendorong orang awam untuk mewujudkan satu halaman GoFundMe untuk mengumpul dana bagi membayar yuran guaman yang setakat ini telah meningkat hampir $42,000 bersamaan RM 117,730.

Bagaimanapun, individu yang mencipta halaman itu berkata, Connolly telah menghubunginya dan berkata dia komited untuk menyerahkan sebahagian besar wang tersebut kepada mangsa seran-gan pengga-nas di Christchurch.



Buat pertama kalinya, Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern menyertai orang awam pada Ahad lalu untuk mengutuk kenyataan Anning.

Sumber: NZherald via amazingnara.com

Sumber Adiwira tersohor, 'Budak Telur' akan mendermakan sebahagian besar wang yang dikumpulnya untuk mangsa serangan masjid Christchurch

0 Response to "Adiwira tersohor, 'Budak Telur' akan mendermakan sebahagian besar wang yang dikumpulnya untuk mangsa serangan masjid Christchurch"

Post a Comment