"Best Sangat Ke Hantar Anak Ke Sekolah Jenis Kebangsaan Cina?" - Haters Kecam Ibubapa Melayu Hantar Anak Ke Sekolah Kebangsaan Cina...



Ibu bapa mana tidak memikirkan kebaikan demi masa depan anak-anak? Yang pastinya, semua ibu bapa mahu yang terbaik untuk anak mereka. Jadi, penting bagi setiap ibu bapa merancang dengan teliti hala tuju anak-anak.

Perkara ini dapat dilihat dari sudut persekolahan di mana hari ini, kita boleh melihat lebih ramai ibu bapa memilih sekolah jenis kebangsaan cina (SJKC).

Dikecam? Ya, sudah pasti ibu bapa Melayu akan dikecam 'pembaris' apabila menghantar anak ke SJKC. Mesti ada sebab mengapa mereka memilih SJKC untuk anak-anak.


Best sangat ke anak sekolah Cina?



Seorang ibu terpanggil untuk memberi penjelasan berhubung perkara ini. Susylawati Faizol menerusi Facebooknya menjelaskan ada beberapa kebaikan menghantar anak ke SJKC antaranya kelas agama.

"Kelas pendidikan Islam akan belajar di surau. Bulan puasa pula ada sesi khatam al-Quran," jelasnya.



Malah, Susylawati juga mengaku anaknya satu sekolah dengan anak pelakon dan pelawak Johan.

"Anak kita satu sekolah dengan anak Johan Raja Lawak tau. Pun pandai agama dan mengaji," komen netizen.

Ramai juga ibu bapa lain berfikiran sama dengan wanita itu. 



EH, ramai juga berminat mahu menghantar anak mereka ke SJKC.


Macam mana nak hantar anak ke SJKC?

"Macam mana nak tolong anak buat kerja rumah kalau tak faham Bahasa Cina?" soal netizen.




Semua benda di atas dunia ini ada baik dan buruknya. Terserah kepada ibu bapa untuk menilai sendiri, namun jangan tergesa-gesa buat keputusan. Pertimbangkan terlebih dahulu baik dan buruknya sebaik mungkin supaya tidak menyesal di kemudian hari. - CARI


Sumber "Best Sangat Ke Hantar Anak Ke Sekolah Jenis Kebangsaan Cina?" - Haters Kecam Ibubapa Melayu Hantar Anak Ke Sekolah Kebangsaan Cina...

0 Response to ""Best Sangat Ke Hantar Anak Ke Sekolah Jenis Kebangsaan Cina?" - Haters Kecam Ibubapa Melayu Hantar Anak Ke Sekolah Kebangsaan Cina..."

Post a Comment